-
MELAYU37DaleelAlMawlid, page : 50
Maka Nabi SAW bersabda, "Allah
mengetahui bahawa aku mencintai kamu"
Hadis ini Sahih dengan para perawi yang
dipercayai.
28. Dalam kamus Lisanul Arab (jilid 13 hal
197) lafaz نفز bererti menari atau
menyerupai menari. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan Sayyidah Fatimah اهيلع
ملاسلا disebutkan bahawa Sayyidah Fatimah
membuat Sayyidina Hasan (anak lelakinya
yang masih kecil) menari-nari.
29. Asal makna kata نفزلا adalah bermain
dan menggalakkan. Di antaranya terdapat
dalam hadis riwayat Sayyidah Aisyah r.a.:
"Delegasi orang Habasyah datang, lalu
mereka menari dan bermain."